Baru-baru ni, mungkin kita tidak sedar kemunculan saluran TV islam pertama di Malaysia. Bagi mereka yang berada di luar lingkungan dunia penyiaran, mungkin ramai yang tidak mengetahui kemunculannya. Siaran ini telah mula beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur dan dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Siaran ini diterajui oleh AlHijrah Media Corporation yang diketuai oleh Bukhari Che Muda
Dikatakan TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah, dan Sarawak dan ia bakal menemui penonton mulai 1 Disember 2010. Ia memulakan siaran ujian pada 1 november 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Siaran ini masih belum disiarkan melalui saluran astro.
Bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Siaran percuma ini mengandungi 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan. So, yang selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara Iran, Indonesia, Turki dan Belanda.. Kandungan TV Alhijrah akan merangkumi segala aspek kehidupan seseorang muslimin dan muslimat dan tidak hanya menyentuh kepada ibadah khususiah seperti sembahyang, zakat, haji dan puasa malah meliputi aspek ekonomi, politik, sosial dan kemasyarakatan, persekitaran dan budaya.
Sapa-sapa yang masih belum dapat siaran TV AlHijrah ini. Bulehlah ikut step ini.
1. Sila tekan butang ‘Menu’ pada alat kawalan jauh TV anda.
2. Pilih dan tekan butang ‘Search’ untuk pencarian frekuensi.
3. Pastikan pencarian frekuensi anda tepat mengikut frekuensi dan kawasan yang telah ditetapkan.
4. Simpan saluran pilihan pada TV anda.
No comments:
Post a Comment