Blogger Templates

Tuesday, December 27, 2011

'Sekelumit Perjuangan'

Terkejut diri,
Menerima berita itu,
Kisah dulu berulang kembali,
Walaupun perit diri menerima.

Ayuh,
Selagi ada semangat,
Teruskan berusaha,
Biarlah sekecil zarah sekalipun,
Tidak mudah menyapa kecundangan.

Kini,
Saat sudah berlabuh,
Jam semakin menyuram,
Masa hampir menjelang,
Hanya detik menunggui.

Berjuanglah,
Tidak usahlah berputus asa,
Doa dan tawakal diiringi bersama.
Kejayaan pasti dimiliki kita

Fikri Abdullah,
UMSKAL,
Wilayah Persekutuan Labuan

...Dedikasi buat sahabatku yang belajar di UMSKAL...
Haziq,Eman, Farez, Asif, Basir, dan pelajar jurusan Kewangan Islam 2009/2010  serta semua yang mengenali diriku....
Santapan juga buat Ania dan keluargaku.

...Selamat Menempuh Peperiksaan...
...Ingatlah...
...Kejayaan tidak mustahil menjadi milik kita, sekiranya kita berjaya mengatasi cabaran...




Monday, December 26, 2011

Pesanan Seorang Abi Al Fikri

1. Tazkirah Ba'dal Zuhri: Yang paling payah hendak kita lakukan ialah ISTIQAMAH. Allah memuji insan yang tetap melakukan ibadat dengan bayaran syurga walaupun genting sekalipun. Sembahyang, berakhlah mulia, tadarus al-quran, taat/hormat ibubapa, berjihad dll perlukan istiqamah yang tinggi. Tanpa istiqamah ibarat seperti hidup tanpa nyawa.

2. Berpagi-pagi kita atas fitrah agama islam, atas kalimah ikhlas/tauhid dan atas agama nabi Muhammad S.A.W. Semoga anak-anakku selamat di rantau orang.

3. Tazkirah Assubhi: 12 rabiul awal adalah tarikh kelahiran, kewafatan dan hijrah baginda. Betapa agungnya jejak baginda. Oleh itu wahai anakku ikuti sunnah baginda yang boleh menjamin keredhaan Allah dan syurga ilahi. Jangan sesekali ikut aliran duniawi yang boleh menyesatkan. Nabi bersabda: Setiap bidaah adalah sesat dan setiap sesat adalah balasan neraka.

4. Belajarlah ilmu tauhid terutama sifat 20 supaya kita mengenal pencipta. Orang yang tak kenal ALLAH dikhuatiri tak sah amalnya dantak layak makan rezeki serta tinggal di bumi tuhan (saringan dri kitab)

5. Secebis Tazkirah: Marilah kita merenung dan membaca sejarah nabi, ikutlah jejek mereka. Mereka yang derhakadan menghalang daripada menerima seruan rasul akan mendapt akibatnya. nafas yang kita sedut cuma pinjaman sampai masa akan kembali padaNya. ayuhlah kita beriman, bertakwa dan beramal padaNya. tidak berhenti istiqamah dalam ibadat kepadaNya. Ikutlah ahli sunnah waljamaah.

6. Ketegasan Rasulullah mendidik puterinya Fatimah. Puteri mengadu penat mengurus rumah tangga dan meminta pembantu rumah. Nabi ajar tasbih tahmid dan takbir masing 33x adalah lebih baik dari khadam.

7. Betapa bahagianya insan yang mendapat anak yang soleh. cari-cari anak yang soleh selalu taat pada Allah dan patuh pada ibubapa. kisah anak soleh zaman nabi Musa tak sanggup menjual seekor lembu sebelum meminta izin ibunya. Ibunya menyuruh menjual 10 dinar, dan orang ingin membeli 20 dinar. Dia mahu meminta izin ibunya dahulu. dia mahu meminta izin ibunya dahulu. selepas itu ingin meminta untuk menjual 30 dinar, dia juga meminta izin ibunya dahulu. Begitulah sampai beratus-ratus dinar. Rupa-rupanya malaikat yang hendak menguji anak soleh itu.

8. Pandai-pandailah jaga diri. jangan mudah termakan pujuk rayu manusia. Kelak merana diri. Andai ada yang ikhlas tlikla dengan makrifat hati. jangan tinggal perintah ilahi. Utamakannya selalu. Ingatlah abah jangan lupa tempat asal diri, merendah diri akan diangkat martabat oleh rabbul izzati.

9. Tazkirah pagi : Pagi jumaat, bagunlah berdoa pada Allah kerana sepanjang jumaat ada saat yang mustajab.

10. Selalulah baca: RODIINA BILLAHI ROBBAN WABIL ISLAMIDINA WABI MUHMMADIN S.A.W NABIYA WARUSULA. 3X kali pagi dan petang.

11. Berjihadlah menentang hawa nafsu, syaitan, dunia, orang kafir, orang munafik dan orang fasik di muka bumi ini. supaya kita tidak ditipu dan bakal dihumbang dalam neraka yang tidak tertanggung.

12. Barang siapa membaca Subhanallah Wabihamdih 100x sehari...dihapuskan kesalahan walaupun seperti buih air laut. dari hadis sohih.

13. Wahai anak-anakku, tambahkan lagi dirimu dengan ilmu agama, dengan ilmu itu akan mencapai keredhaan Allah dan syurga. Ketahuilah, tidak ada yang membenci ilmu melainkan orang yang jahil. Selagi mencari ilmu jangan lupa pertahankan akhlak islamiah. Model akhlak kita ialah Rasulullah S.A.W bukan orang kafir, fasiq, dan si jahil yang sentiasa melanggar hukumn Allah. Moga hidupmu berjaya dengan bimbingan agama. Dari Abahmu insan yang kerdil.

14. Baca selawat pada junjungan setiap jumaat sekurang-kurangnya 100 x. kalau sempat lagi baca surah Al-Ikhlas 50 x hadiahkan untuk ibu bapa dan keturunan kita.

15. Ya Allah, berikan penghidupan yang baik pada anak-anakku. hidup beriman padaMu. mati dalam iman dan dikumpulkan di padang Masyar dalam iman serta masukkan syurga dalam iman. tidak ada tujuan lain di dunia ini melainkan memberi bekal dan bukan bermegah-megah harta benda dan pangkat dan kedudukan. segala-gala itu adalah alat untuk mencari keredhaanMu.

Pesanan dari seorang Ayah 'Abdullah b.Ab.Manaf' kepada anaknya......semoga pesanan dari mu dapat ku ikutkan dan menjadi pengajaran buatku..... InsyaAllah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...