Blogger Templates

Tuesday, January 3, 2012

Cerita 1- Pencipta Kedamaian..


Di pagi yang hening, burung berkicauan bagai menandakan sesuatu. Diriku seperti dapat menganggap maksud sebenar burung itu. Sejurus itu, aku terus melabuhkan diriku di kerusi sambil termenung dan berfikir sejenak. Fikiran aku melayang entah kemana. Aku mencari apa yang aku fikirkan. Sejenak kemudian......

Ketika Bulan pucat dada laut berombak,
Angin sendu terkedu di bawah kolong langit,
Mengisar musim dalam rona hati simpati,
Janji ikrar menuju daratamu,
Bayu gurun masih membara,
Titisan embun menghangat suasana,
Pelayaran ini bakal menyapa,
Degup jantung Gazamu bergelut.

       Rupanya baru ku tahu apa yang aku fikirkan. Sebuah  tragedi serangan tentera Israel ke atas Mavi Marmara, 31 Mei 2010.  Aku pasti tregedi ini masih segar di benak fikiran manusia. Satu persoalan yang tidak terungkap, mana perginya sebuah keadilan.....

Bila Kezaliman mencengkam kukunya,
Bukan bahasa dinukil selesa,
Meratah si mangsa,
Bukan omongan mainan,
Memecah keheningan yang ada,
Bukan mudah dipandang bicara,
Yang angkuh mendabik dada,
Akulah! Akulah! Akulah!

Fikiranku melayang sejenak. Sekali lagi aku berfikir, timbul persoalan dalam diriku, kenapa tregedi tidak diendahkan dan diperdulikan. Sehingga hari ini di mana keadilan. Butakah keadilan?

Wahai PBB!,
Timbang neracamu biar berpaksi,
Yang benar harus dibenarkan,
Yang batil harus dibatilkan,
Yang lemah perlu dibela,
Yang kuat perlu diadili,
Mengapa yang palsu didokong sokong,
Yang benar pula dikesampingkan,
Sedang serigala terlepas pergi,
Si kambing hitam menjadi korban.

Nantikan sambungan......

Tuesday, December 27, 2011

'Sekelumit Perjuangan'

Terkejut diri,
Menerima berita itu,
Kisah dulu berulang kembali,
Walaupun perit diri menerima.

Ayuh,
Selagi ada semangat,
Teruskan berusaha,
Biarlah sekecil zarah sekalipun,
Tidak mudah menyapa kecundangan.

Kini,
Saat sudah berlabuh,
Jam semakin menyuram,
Masa hampir menjelang,
Hanya detik menunggui.

Berjuanglah,
Tidak usahlah berputus asa,
Doa dan tawakal diiringi bersama.
Kejayaan pasti dimiliki kita

Fikri Abdullah,
UMSKAL,
Wilayah Persekutuan Labuan

...Dedikasi buat sahabatku yang belajar di UMSKAL...
Haziq,Eman, Farez, Asif, Basir, dan pelajar jurusan Kewangan Islam 2009/2010  serta semua yang mengenali diriku....
Santapan juga buat Ania dan keluargaku.

...Selamat Menempuh Peperiksaan...
...Ingatlah...
...Kejayaan tidak mustahil menjadi milik kita, sekiranya kita berjaya mengatasi cabaran...




Monday, December 26, 2011

Pesanan Seorang Abi Al Fikri

1. Tazkirah Ba'dal Zuhri: Yang paling payah hendak kita lakukan ialah ISTIQAMAH. Allah memuji insan yang tetap melakukan ibadat dengan bayaran syurga walaupun genting sekalipun. Sembahyang, berakhlah mulia, tadarus al-quran, taat/hormat ibubapa, berjihad dll perlukan istiqamah yang tinggi. Tanpa istiqamah ibarat seperti hidup tanpa nyawa.

2. Berpagi-pagi kita atas fitrah agama islam, atas kalimah ikhlas/tauhid dan atas agama nabi Muhammad S.A.W. Semoga anak-anakku selamat di rantau orang.

3. Tazkirah Assubhi: 12 rabiul awal adalah tarikh kelahiran, kewafatan dan hijrah baginda. Betapa agungnya jejak baginda. Oleh itu wahai anakku ikuti sunnah baginda yang boleh menjamin keredhaan Allah dan syurga ilahi. Jangan sesekali ikut aliran duniawi yang boleh menyesatkan. Nabi bersabda: Setiap bidaah adalah sesat dan setiap sesat adalah balasan neraka.

4. Belajarlah ilmu tauhid terutama sifat 20 supaya kita mengenal pencipta. Orang yang tak kenal ALLAH dikhuatiri tak sah amalnya dantak layak makan rezeki serta tinggal di bumi tuhan (saringan dri kitab)

5. Secebis Tazkirah: Marilah kita merenung dan membaca sejarah nabi, ikutlah jejek mereka. Mereka yang derhakadan menghalang daripada menerima seruan rasul akan mendapt akibatnya. nafas yang kita sedut cuma pinjaman sampai masa akan kembali padaNya. ayuhlah kita beriman, bertakwa dan beramal padaNya. tidak berhenti istiqamah dalam ibadat kepadaNya. Ikutlah ahli sunnah waljamaah.

6. Ketegasan Rasulullah mendidik puterinya Fatimah. Puteri mengadu penat mengurus rumah tangga dan meminta pembantu rumah. Nabi ajar tasbih tahmid dan takbir masing 33x adalah lebih baik dari khadam.

7. Betapa bahagianya insan yang mendapat anak yang soleh. cari-cari anak yang soleh selalu taat pada Allah dan patuh pada ibubapa. kisah anak soleh zaman nabi Musa tak sanggup menjual seekor lembu sebelum meminta izin ibunya. Ibunya menyuruh menjual 10 dinar, dan orang ingin membeli 20 dinar. Dia mahu meminta izin ibunya dahulu. dia mahu meminta izin ibunya dahulu. selepas itu ingin meminta untuk menjual 30 dinar, dia juga meminta izin ibunya dahulu. Begitulah sampai beratus-ratus dinar. Rupa-rupanya malaikat yang hendak menguji anak soleh itu.

8. Pandai-pandailah jaga diri. jangan mudah termakan pujuk rayu manusia. Kelak merana diri. Andai ada yang ikhlas tlikla dengan makrifat hati. jangan tinggal perintah ilahi. Utamakannya selalu. Ingatlah abah jangan lupa tempat asal diri, merendah diri akan diangkat martabat oleh rabbul izzati.

9. Tazkirah pagi : Pagi jumaat, bagunlah berdoa pada Allah kerana sepanjang jumaat ada saat yang mustajab.

10. Selalulah baca: RODIINA BILLAHI ROBBAN WABIL ISLAMIDINA WABI MUHMMADIN S.A.W NABIYA WARUSULA. 3X kali pagi dan petang.

11. Berjihadlah menentang hawa nafsu, syaitan, dunia, orang kafir, orang munafik dan orang fasik di muka bumi ini. supaya kita tidak ditipu dan bakal dihumbang dalam neraka yang tidak tertanggung.

12. Barang siapa membaca Subhanallah Wabihamdih 100x sehari...dihapuskan kesalahan walaupun seperti buih air laut. dari hadis sohih.

13. Wahai anak-anakku, tambahkan lagi dirimu dengan ilmu agama, dengan ilmu itu akan mencapai keredhaan Allah dan syurga. Ketahuilah, tidak ada yang membenci ilmu melainkan orang yang jahil. Selagi mencari ilmu jangan lupa pertahankan akhlak islamiah. Model akhlak kita ialah Rasulullah S.A.W bukan orang kafir, fasiq, dan si jahil yang sentiasa melanggar hukumn Allah. Moga hidupmu berjaya dengan bimbingan agama. Dari Abahmu insan yang kerdil.

14. Baca selawat pada junjungan setiap jumaat sekurang-kurangnya 100 x. kalau sempat lagi baca surah Al-Ikhlas 50 x hadiahkan untuk ibu bapa dan keturunan kita.

15. Ya Allah, berikan penghidupan yang baik pada anak-anakku. hidup beriman padaMu. mati dalam iman dan dikumpulkan di padang Masyar dalam iman serta masukkan syurga dalam iman. tidak ada tujuan lain di dunia ini melainkan memberi bekal dan bukan bermegah-megah harta benda dan pangkat dan kedudukan. segala-gala itu adalah alat untuk mencari keredhaanMu.

Pesanan dari seorang Ayah 'Abdullah b.Ab.Manaf' kepada anaknya......semoga pesanan dari mu dapat ku ikutkan dan menjadi pengajaran buatku..... InsyaAllah.....

Friday, March 4, 2011

FaceBlog bukan sekadar 'perkongsian'

 
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG THE FACEBLOG. PENUBUHAN  FACEBLOG DIWUJUDKAN IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA SEPERTI FACEBOOK. SELAIN ITU FECEBLOG JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG DIGUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH...

 
 

FaceBlog d Facebook


Monday, January 31, 2011

Menyusuri Taman Ulama 3: Secebis Kisah Ilmuwan Islam

Al-Jahiz ialah ilmuwan Islam yang dikagumi kerana cintanya yang tidak berbelah bagi dalam menimba ilmu pengetahuan.
Diceritakan bahawa ibunya memberikan beliau ‘sedulang’ kertas nota dan memberitahunya bahawa kertas itu boleh menyara hidupnya kelak. Beliau menguasai bahasa dan sastera Arab dengan baik, selain mengkaji buku berbahasa Yunani.

Begitu pun, kepakarannya lebih menonjol dalam bidang ilmu haiwan berdasarkan buku karangannya.
Al-Jahiz menulis lebih 200 naskhah buku meliputi bidang zoologi, tatabahasa Arab, puisi dan kamus.
                   Al-Jahiz yang mempunyai komitmen tinggi terhadap ilmu dan pembacaan sehingga mati tertindih oleh bukunya pernah berkata, “Buku itu akan diam bila engkau menyuruhnya diam. Dia tidak akan mengganggumu jika engkau sedang bekerja. Tetapi apabila engkau diulik kesepian, dialah teman yang akan menjadi temanmu paling baik.”

                   Ibnu Nafis merupakan antara penyumbang terbesar kepada tamadun Islam dalam ilmu perubatan. Beliau menjadi pelopor dalam dunia perubatan dengan kajian yang membawa penemuan penting sehingga ke hari ini iaitu saluran pembuluh darah dalam badan manusia.
               Dalam kajian dan analisis yang dibuat, beliau telah menemui sistem peredaran darah ke paru-paru, 300 tahun sebelum penemuan yang dibuat oleh sarjana Barat, Sir William Harvey. Menurut teori Ibnu Nafis, dalam paru-paru, udara bertemu dengan darah. Darah itu kemudiannya meninggalkan paru-paru dan seterusnya mengikuti arteri paru-paru lalu masuk ke dalam ventrikal kiri jantung dan darah disebarkan keseluruh badan.
                     Ibnu Nafis sempat mengakhiri penulisannya sebelum meninggal dunia iaitu Al-Shamil Fi al-Tibb satu kajian menyeluruh tentang seni perubatan dalam bidang pembedahan. Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibnu Nafis turut mendalami ilmu ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

Pada abad ke-8, seorang Muslim Sepanyol, Ibnu Firnas, telah menemukan, membangun, dan menguji konsep pesawat terbang. Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudian dipelajari Roger Bacon lepas 500 tahun setelah Ibn Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbang.
               Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun pascaujicoba Ibnu Firnas, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikembangkan. Pada tahun 875, Ibnu Firnas membuat sebuah prototipe atau model pesawat terbang dengan meletakkan bulu pada sebuah bingkai kayu. Inilah catatan dokumentasi pertama yang sangat kuno tentang pesawat terbang layang.
               Warga Cordova saat itu menyaksikan dari dekat menara tempat Ibnu Firnas akan menunjukkan penemuannya. Namun karena cara meluncur yang kurang baik, Ibnu Firnas terhempas ke tanah bersama pesawat layang buatannya. Dia pun mengalami cedera yang sangat parah. Cederanya inilah yang memaksa Ibnu Firnas tak berdaya untuk melakukan ujicuba yang berikutnya.
            Ada catatan menyebutkan, Ibnu Firnas lalai memperhatikan bagaimana burung menggunakan ekor mereka untuk mendarat. Dia pun lupa untuk menambahkan ekor pada model pesawat layang buatannya. Kelalaiannya inilah yang mengakibatkan dia gagal mendaratkan pesawat ciptaannya dengan sempurna.

dipetik dari:http://tamanulama.blogspot.com/2008/07/menyusuri-taman-ulama-3-secebis-kisah.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...